Wednesday, May 14, 2008

Surau "Projek" Desa Putra

Sepanjang tahun 2007 dan awal 2008, terdapat banyak projek-projek kecil dilakukan oleh UMNO/BN melalui peruntukan wang sebanyak RM 500,000 setahun yang diberikan kepada setiap YB ADUN dari UMNO/BN. Masing-masing berlumba untuk turun ke kampung-kampung menunjukkan muka kepada rakyat, maklumlah cerita-cerita pilihanraya umum ke-12 sudah semakin kerap kedengaran.


Maka turunlah YB ADUN ke kawasan dan kampung menawarkan pembaikan longkang, lampu jalan, buat parit, bina pagar kubur, bina pondok jaga sekolah, memperbaiki kantin sekolah dan sebagainya. YB ADUN akan mengambil setiap kesempatan bertemu rakyat dengan mengumumkan peruntukan tertentu dengan harapan rakyat akan menyangka wang yang dikeluarkan itu datang dari kocek seluar YB ADUN. Pemurahnya YB!!!


Dalam satu mesyuarat PIBG disebuah sekolah pada awal tahun 2008, YB ADUN telah datang dengan diringi beberapa orang "body guard" dan juga PA dengan bendera BIRU terpacak dipintu pagar sekolah dan dipersembahkan dengan alunan kompang. Diberitakan, elaun seorang "body guard" mencecah RM 300.00 SEHARI. Kalau ada 10 body guard, sebanyak RM 3000 sehari diperuntukkan untuk menjaga keselamatan Orang Besar ini. Kalau sebulan, bukankah mencecah hampir RM100,000??? Tetapi mungkin juga YB ini seorang yang KAYA...???


Dalam satu program yang dianjurkan oleh Surau Khairiyyah Desa Putra tahun lepas, YB ADUN dengan bangganya secara "ad-hoc" memperuntukkan RM150,000 untuk menaiktaraf surau lama tersebut tanpa mengadakan perbincangan dengan AJK-AJK surau yang dilantik. Begitu cepatnya YB ADUN meluluskan sesuatu projek...DUIT untuk kempen pilihanraya umum rasanya... Tapi sayangnya YB ADUN tersebut tidak pulak terpilih untuk bertanding dimana-manapun...dalam PRU yang lepas.


Isunya;


1. Betulkah nilai pembinaan surau ini sebanyak RM 150,000? Berapa kontraktor dapat? Berapa JKKK atau orang yang berkepentingan sapuuu?


2. Siapa dia kontraktornya?


3. Kenapa tidak ada papan tanda projek pembinaan ditegakkan didepan tapak projek?


4. Adakah pelan surau ini diluluskan oleh pihak MPSp? Apakah dijamin keselamatan dan kualitinya?


5. Sudah siapkah projek ini? Kalau sudah, kenapa nampak macam belum siap? Kalau belum, mana dia kontraktornya? Dah lari???


Hari ini, 13 Mei 2008, YB Khasim Abdul Aziz, wakil YB Dato' Dr Hassan Ali EXCO Kemudahan Awam bersama dengan rombongannya telah datang melawat Surau Khairiyyah ini. Turut hadir ialah Ir. Hj Muhammed Makki, YDP PAS Sepang, beberapa orang AJK surau, Pengerusi Persatuan Penduduk Desa Saujana, Desa Mekar dan orang kampung.


Lihat gambar yang disertakan.

Posted by BJ.



























2 comments:

Anonymous said...

Surau dan masjid adalah tempat ibadat, nama Allah dibesarkan dan diagungkan disini. Siapa yang bersekongkol dengan penyelewengan dana surau atau masjid pasti akan menerima akibatnya..

Penduduk Desa Putra kena bijak menilai pemimpin. Jangan biar ruang penyelewengan bertapak di masjid/surau/JKKK dll mulai sekarang

Suara Dengkil said...

betul tu, pemimpin mesti seorang yg beriman. Dia mesti menilai segenap aspek dunia dan akhirat..