Sunday, May 11, 2008

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Bermula pada hari isnin 12 Mei 2008 Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) akan mengadakan peperiksaan semester pertama secara serentak di seluruh Negeri Selangor. Peperiksaan ini akan diadakan selama empat hari dan berakhir pada 15 mei 2008 iaitu pada hari khamis.

Sehubungan dengan itu Ahli Jawatankuasa PASTI As-Sobirin (2) Taman Desa Saujana Sungai Merab Dalam telah mengadakan majlis doa selamat pada malam jumaat yang lalu sempena menghadapi peperiksaan tersebut.

Pada majlis tersebut telah diadakan juga majlis tahlil ke atas arwah adik Aqilah iaitu pelajar Pasti As-Sobirin (2) yang telah meninggal dunia beberapa minggu yang lalu akibat penyakit lukemia. Semoga Allah merahmati arwah adik Aqilah dan marilah sama-sama 'menghadiahkan' sekalung al_Fatihah....untuknya.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh ibubapa pelajar dan jemaah Surau Desa Saujana. Kita mendoakan semoga arwah adik Aqilah dicucuri rahmat dan semua pelajar PASTI akan menjadi Khalifah Allah yang akan mencorakkan negara kita kearah "baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur".



Berikut adalah Jadual Peperiksaan Semester Pertama PASTI Negeri Selangor:

12 Mei 8.30pg - 9.30pg Bahasa Melayu
Isnin 10.00pg - 11.00pg Bahasa Arab


13 Mei 8.30pg - 9.30pg Bahasa Inggeris
Selasa 10.00pg - 11.00pg Matematik


14 Mei 8.30pg - 9.30pg Pend. Sains Sosial Dan Pembangunan Insan
Rabu 10.00pg - 11.00pg Jawi


15 Mei 8.30pg - 9.30pg Al-Quran
Khamis

No comments: