Tuesday, May 20, 2008

Loji Air Mega 22.5 Juta Liter Di Desa Putra

Siri 1

Minggu lepas di dalam Sinar Harian dan Kosmo, keluar berita tentang pembinaan Loji Air Mega di Desa Putra yang diberitakan proses pembinaannya mempunyai banyak "irregularities" dan kontroversi. Difahamkan, proses pembinaan Loji ini bermula daripada tahun 2003 lagi dengan proses pengambilan/pembelian tanah daripada beberapa orang penduduk kampung Desa Putra.

Diantara isu yang ditimbulkan oleh Pengerusi JawatanKuasa Bertindak Membantah Pembinaan Loji Air Mega Desa Putra, Tuan Syed Rahman, ialah lokasi tapak loji berada dibelakang rumah penduduk, tidak sampai 50 meter. Diatas bukit pulak tu dengan kapasiti Mega (Million Litre).. Diberitakan juga pembinaan ini tidak mendapat kelulusan daripada PBT, MPSepang dan badan-badan yang berkenaan seperti Jabatan Alam Sekitar, dll lagi. Tuan Syed Rahman sendiri mempunyai salinan surat-surat daripada MPSepang dan badan-badan berkenaan yang menunjukkan ada "perkara yang tidak kena" terhadap pembinaan ini.

Disuatu ketika, pihak MPSepang telah berjanji untuk mendapatkan kelulusan/jaminan daripada IKRAM bahawasanya Loji Air ini tidak membahayakan penduduk sekitar. Walaubagaimanapun, sekiranya ada, kenapa laporan ini tidak ditunjukkan kepada penduduk yang berkenaan? Jadi penduduk meragui, MPSepang berjaya memperolehi laporan IKRAM ini..._ post by bro J

Bersambung dalam siri ke-2....



Sekitar Tapak Projek...


2 comments:

Cawangan Bandar Baru Salak Tinggi said...

Salam sheikh;
teruskan usaha enta memaparkan pelbagai masalah rakyat semoga nasib rakyat terbela.

p/s: minta no hp enta, nak fwd sms invitation to mesy Luj penerangan & IT. Jazakallah

Suara Dengkil said...

Salam disambut,
no tel boleh bg tapi kalau melalui email lagi baik, apa alamat email anta? atau hubungi saya melalui suaradengkil@gmail.com. nak email anta pun x dpt but profile blog anta not valid....