Tuesday, May 18, 2010

SELAMAT HARI GURU

Khusus buat seluruh warga pendidik SRA Desa Putra dan SK Desa Putra..

Selamat Hari Guru

" GURU PEMBINA NEGARA BANGSA "

Tuesday, May 19, 2009

PAS Menuju Ke Putrajaya

KUALA LUMPUR, May 19 – Less than a year after the collapse of Datuk Seri Anwar Ibrahim’s plan to take over the federal government, PAS is now seeking to get physically closer to the federal capital on its own.
Yesterday, party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang launched a fund-raising campaign at the Palace of the Golden Horses here for the construction of a new RM27 million party complex situated just 10 minutes’ drive from Putrajaya.. more at http://www.themalaysianinsider.com

Wednesday, April 15, 2009

Menteri Kerja Raya Baru..

Dato' Seri Najib Tun Razak tidak melantik semula YB Dato' Ir Mohamad Zin sebagai Menteri Kerja Raya untuk kabinet baru beliau sebaliknya melantik YB Datuk Shaziman. Ini merupakan satu kejutan. Ramai penyokong YB Ir Mohamad Zin yang juga Ahli Parlimen Sepang tidak dapat menerima kenyataan ini apatah lagi beliau diantara yang terpilih sebagai Ahli MKT UMNO Malaysia dalam pemilihan UMNO yang baru lalu..

Penyokong-penyokong yang bersimpati dengan beliau tidak menduga bagaimana beliau yang memimpin UMNO/BN Sepang dengan cemerlang sehingga telah berjaya mengekang kemaraan Pakatan Rakyat dari mencapai kemenangan dimana-mana DUN dalam Parlimen Sepang boleh dilupakan begitu sahaja..

Tuesday, May 27, 2008

ADUN BN Belanja Sakan sebelum PRU-12

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan dalam sidang DUN Selangor pada 23 Mei yang lepas bahawa Adun Barisan Nasional (BN) sudah membelanjakan 90.6 peratus daripada peruntukan bagi kawasan masing-masing dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini

Menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan), beliau berkata, jumlah keseluruhan peruntukan tersebut ialah RM26,634,844.33 dan baki yang tinggal ialah RM2,907,155.76.Menteri Besar itu turut memberitahu pecahan peruntukan bagi setiap kawasan pilihanraya dan baki yang tinggal.Katanya, sebahagian besar Adun BN masing-masing membelanjakan RM492,800 dan Khalid berkata, beliau akan menyiasat perkara tersebut.

Diantara kawasan DUN yang tidak sempat menghabiskan wang peruntukan tersebut ialah DUN Dengkil yang diwakili oleh bekas ADUN Hj Suhaimi bin Ghazali. Tetapi peliknya beliau diantara orang yang telah membelanjakan RM492,800. Kenapa ada kesamaan dengan beberapa kawasan yang lain?

YB Dr Khir Toyo, Ketua Pembangkang di DUN Selangor semasa mengulas isu ini meminta sesiapa yang ingin mengetahui kemana dan bagaimana duit ini dibelanjakan supaya pergi kesetiap Pejabat Daerah. Segala perbelanjaan diluluskan ataupun dalam pengetahuan Pegawai Daerah.

Surau "Projek" Desa Putra adalah mungkin salah satu daripada perbelanjaannya. Dimaklumkan RM150,000 dikeluarkan tetapi maklumat daripada beberapa orang mengatakan pembinaan surau tersebut hanya dalam lingkungan RM80,000. Bakinya dimana??? Sehingga sekarang surau masih belum boleh digunakan dan kontraktorpun sudah berhenti kerja.




Bola oh Bola...

Pada 18 Mei yang lepas telah diadakan satu perlawanan bolasepak persahabatan diantara pasukan Pemuda Sg Merab dan juga Pemuda Desa Jenderam. Perlawanan diadakan dipadang permainan berhampiran surau Desa Jenderam. Walaupun pagi itu hujan turun dengan lebatnya dalam beberapa minit permainan dimulakan, tetapi pemain-pemain masih setia meneruskan permainan dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Dalam keadaan padang yang basah dan ditakungi air serta licin sudah tentu terdapat pergerakan kaki dan badan yang sukar dikawal. Sedikit sebanyak terdapat insiden-insiden kekasaran yang tidak disengajakan. Walaubagaimanpun dengan kebijaksanaan pengadil mengawal permainan dan kematangan pemain-pemain, permainan berlangsung dengan baik. Perlawanan berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1 hingga tamat perlawanan.

Selepas perlawanan kesemua pemain, pengurus dan penyokong-penyokong menikmati jamuan yang disediakan oleh pasukan tuan rumah.







Tuesday, May 20, 2008

Loji Air Mega 22.5 Juta Liter Di Desa Putra

Siri 1

Minggu lepas di dalam Sinar Harian dan Kosmo, keluar berita tentang pembinaan Loji Air Mega di Desa Putra yang diberitakan proses pembinaannya mempunyai banyak "irregularities" dan kontroversi. Difahamkan, proses pembinaan Loji ini bermula daripada tahun 2003 lagi dengan proses pengambilan/pembelian tanah daripada beberapa orang penduduk kampung Desa Putra.

Diantara isu yang ditimbulkan oleh Pengerusi JawatanKuasa Bertindak Membantah Pembinaan Loji Air Mega Desa Putra, Tuan Syed Rahman, ialah lokasi tapak loji berada dibelakang rumah penduduk, tidak sampai 50 meter. Diatas bukit pulak tu dengan kapasiti Mega (Million Litre).. Diberitakan juga pembinaan ini tidak mendapat kelulusan daripada PBT, MPSepang dan badan-badan yang berkenaan seperti Jabatan Alam Sekitar, dll lagi. Tuan Syed Rahman sendiri mempunyai salinan surat-surat daripada MPSepang dan badan-badan berkenaan yang menunjukkan ada "perkara yang tidak kena" terhadap pembinaan ini.

Disuatu ketika, pihak MPSepang telah berjanji untuk mendapatkan kelulusan/jaminan daripada IKRAM bahawasanya Loji Air ini tidak membahayakan penduduk sekitar. Walaubagaimanapun, sekiranya ada, kenapa laporan ini tidak ditunjukkan kepada penduduk yang berkenaan? Jadi penduduk meragui, MPSepang berjaya memperolehi laporan IKRAM ini..._ post by bro J

Bersambung dalam siri ke-2....



Sekitar Tapak Projek...