Tuesday, May 27, 2008

ADUN BN Belanja Sakan sebelum PRU-12

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan dalam sidang DUN Selangor pada 23 Mei yang lepas bahawa Adun Barisan Nasional (BN) sudah membelanjakan 90.6 peratus daripada peruntukan bagi kawasan masing-masing dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini

Menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan), beliau berkata, jumlah keseluruhan peruntukan tersebut ialah RM26,634,844.33 dan baki yang tinggal ialah RM2,907,155.76.Menteri Besar itu turut memberitahu pecahan peruntukan bagi setiap kawasan pilihanraya dan baki yang tinggal.Katanya, sebahagian besar Adun BN masing-masing membelanjakan RM492,800 dan Khalid berkata, beliau akan menyiasat perkara tersebut.

Diantara kawasan DUN yang tidak sempat menghabiskan wang peruntukan tersebut ialah DUN Dengkil yang diwakili oleh bekas ADUN Hj Suhaimi bin Ghazali. Tetapi peliknya beliau diantara orang yang telah membelanjakan RM492,800. Kenapa ada kesamaan dengan beberapa kawasan yang lain?

YB Dr Khir Toyo, Ketua Pembangkang di DUN Selangor semasa mengulas isu ini meminta sesiapa yang ingin mengetahui kemana dan bagaimana duit ini dibelanjakan supaya pergi kesetiap Pejabat Daerah. Segala perbelanjaan diluluskan ataupun dalam pengetahuan Pegawai Daerah.

Surau "Projek" Desa Putra adalah mungkin salah satu daripada perbelanjaannya. Dimaklumkan RM150,000 dikeluarkan tetapi maklumat daripada beberapa orang mengatakan pembinaan surau tersebut hanya dalam lingkungan RM80,000. Bakinya dimana??? Sehingga sekarang surau masih belum boleh digunakan dan kontraktorpun sudah berhenti kerja.




Bola oh Bola...

Pada 18 Mei yang lepas telah diadakan satu perlawanan bolasepak persahabatan diantara pasukan Pemuda Sg Merab dan juga Pemuda Desa Jenderam. Perlawanan diadakan dipadang permainan berhampiran surau Desa Jenderam. Walaupun pagi itu hujan turun dengan lebatnya dalam beberapa minit permainan dimulakan, tetapi pemain-pemain masih setia meneruskan permainan dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Dalam keadaan padang yang basah dan ditakungi air serta licin sudah tentu terdapat pergerakan kaki dan badan yang sukar dikawal. Sedikit sebanyak terdapat insiden-insiden kekasaran yang tidak disengajakan. Walaubagaimanpun dengan kebijaksanaan pengadil mengawal permainan dan kematangan pemain-pemain, permainan berlangsung dengan baik. Perlawanan berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1 hingga tamat perlawanan.

Selepas perlawanan kesemua pemain, pengurus dan penyokong-penyokong menikmati jamuan yang disediakan oleh pasukan tuan rumah.







Tuesday, May 20, 2008

Loji Air Mega 22.5 Juta Liter Di Desa Putra

Siri 1

Minggu lepas di dalam Sinar Harian dan Kosmo, keluar berita tentang pembinaan Loji Air Mega di Desa Putra yang diberitakan proses pembinaannya mempunyai banyak "irregularities" dan kontroversi. Difahamkan, proses pembinaan Loji ini bermula daripada tahun 2003 lagi dengan proses pengambilan/pembelian tanah daripada beberapa orang penduduk kampung Desa Putra.

Diantara isu yang ditimbulkan oleh Pengerusi JawatanKuasa Bertindak Membantah Pembinaan Loji Air Mega Desa Putra, Tuan Syed Rahman, ialah lokasi tapak loji berada dibelakang rumah penduduk, tidak sampai 50 meter. Diatas bukit pulak tu dengan kapasiti Mega (Million Litre).. Diberitakan juga pembinaan ini tidak mendapat kelulusan daripada PBT, MPSepang dan badan-badan yang berkenaan seperti Jabatan Alam Sekitar, dll lagi. Tuan Syed Rahman sendiri mempunyai salinan surat-surat daripada MPSepang dan badan-badan berkenaan yang menunjukkan ada "perkara yang tidak kena" terhadap pembinaan ini.

Disuatu ketika, pihak MPSepang telah berjanji untuk mendapatkan kelulusan/jaminan daripada IKRAM bahawasanya Loji Air ini tidak membahayakan penduduk sekitar. Walaubagaimanapun, sekiranya ada, kenapa laporan ini tidak ditunjukkan kepada penduduk yang berkenaan? Jadi penduduk meragui, MPSepang berjaya memperolehi laporan IKRAM ini..._ post by bro J

Bersambung dalam siri ke-2....



Sekitar Tapak Projek...


Wednesday, May 14, 2008

Surau "Projek" Desa Putra

Sepanjang tahun 2007 dan awal 2008, terdapat banyak projek-projek kecil dilakukan oleh UMNO/BN melalui peruntukan wang sebanyak RM 500,000 setahun yang diberikan kepada setiap YB ADUN dari UMNO/BN. Masing-masing berlumba untuk turun ke kampung-kampung menunjukkan muka kepada rakyat, maklumlah cerita-cerita pilihanraya umum ke-12 sudah semakin kerap kedengaran.


Maka turunlah YB ADUN ke kawasan dan kampung menawarkan pembaikan longkang, lampu jalan, buat parit, bina pagar kubur, bina pondok jaga sekolah, memperbaiki kantin sekolah dan sebagainya. YB ADUN akan mengambil setiap kesempatan bertemu rakyat dengan mengumumkan peruntukan tertentu dengan harapan rakyat akan menyangka wang yang dikeluarkan itu datang dari kocek seluar YB ADUN. Pemurahnya YB!!!


Dalam satu mesyuarat PIBG disebuah sekolah pada awal tahun 2008, YB ADUN telah datang dengan diringi beberapa orang "body guard" dan juga PA dengan bendera BIRU terpacak dipintu pagar sekolah dan dipersembahkan dengan alunan kompang. Diberitakan, elaun seorang "body guard" mencecah RM 300.00 SEHARI. Kalau ada 10 body guard, sebanyak RM 3000 sehari diperuntukkan untuk menjaga keselamatan Orang Besar ini. Kalau sebulan, bukankah mencecah hampir RM100,000??? Tetapi mungkin juga YB ini seorang yang KAYA...???


Dalam satu program yang dianjurkan oleh Surau Khairiyyah Desa Putra tahun lepas, YB ADUN dengan bangganya secara "ad-hoc" memperuntukkan RM150,000 untuk menaiktaraf surau lama tersebut tanpa mengadakan perbincangan dengan AJK-AJK surau yang dilantik. Begitu cepatnya YB ADUN meluluskan sesuatu projek...DUIT untuk kempen pilihanraya umum rasanya... Tapi sayangnya YB ADUN tersebut tidak pulak terpilih untuk bertanding dimana-manapun...dalam PRU yang lepas.


Isunya;


1. Betulkah nilai pembinaan surau ini sebanyak RM 150,000? Berapa kontraktor dapat? Berapa JKKK atau orang yang berkepentingan sapuuu?


2. Siapa dia kontraktornya?


3. Kenapa tidak ada papan tanda projek pembinaan ditegakkan didepan tapak projek?


4. Adakah pelan surau ini diluluskan oleh pihak MPSp? Apakah dijamin keselamatan dan kualitinya?


5. Sudah siapkah projek ini? Kalau sudah, kenapa nampak macam belum siap? Kalau belum, mana dia kontraktornya? Dah lari???


Hari ini, 13 Mei 2008, YB Khasim Abdul Aziz, wakil YB Dato' Dr Hassan Ali EXCO Kemudahan Awam bersama dengan rombongannya telah datang melawat Surau Khairiyyah ini. Turut hadir ialah Ir. Hj Muhammed Makki, YDP PAS Sepang, beberapa orang AJK surau, Pengerusi Persatuan Penduduk Desa Saujana, Desa Mekar dan orang kampung.


Lihat gambar yang disertakan.

Posted by BJ.



























Monday, May 12, 2008

Program Meraikan Petugas Pilihanraya PAS Desa Putra

Program Meraikan petugas pilihanraya PAS Desa Putra telah diadakan pada hari Sabtu malam Ahad yang lepas (10 Mei) jam 9.00 malam bertempat di Markaz Pas Desa Putra.Program ini telah dicadangkan supaya diadakan selepas sahaja tamat pilihanraya yang lepas tetapi ianya terpaksa ditunda hingga semalam kerana salah seorang penggerak utama PAS Desa Putra, Saudara Zack telah terlibat didalam satu kemalangan motosikal yang menyebabkan beliau terlantar di hospital dan dirumah lebih daripada sebulan. Kini beliau telahpun beransur sihat dan akan terus berjuang bersama-sama dengan PAS.

Program malam tadi merupakan program santai dimana para petugas bersama-sama mengadakan membakar ikan, ayam dan juga kambing, disamping itu nasi minyak dan kuih muih juga disediakan. Alhamdulillah seramai lebih kurang 80-100 orang petugas dan penduduk sekitar hadir. Disamping makan-makan dapat bersembang dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama ahli PAS.

YDP PAS Kawasan Sepang juga turut hadir beramah mesra dengan ahli-ahli PAS Desa Putra disamping memberikan sedikit ucapan berhubung kait dengan suasana politik semasa di Kawasan Sepang dan juga negeri Selangor.Gambar saudara Zack dan para tetamu...





Post by bro J..

Sunday, May 11, 2008

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Bermula pada hari isnin 12 Mei 2008 Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) akan mengadakan peperiksaan semester pertama secara serentak di seluruh Negeri Selangor. Peperiksaan ini akan diadakan selama empat hari dan berakhir pada 15 mei 2008 iaitu pada hari khamis.

Sehubungan dengan itu Ahli Jawatankuasa PASTI As-Sobirin (2) Taman Desa Saujana Sungai Merab Dalam telah mengadakan majlis doa selamat pada malam jumaat yang lalu sempena menghadapi peperiksaan tersebut.

Pada majlis tersebut telah diadakan juga majlis tahlil ke atas arwah adik Aqilah iaitu pelajar Pasti As-Sobirin (2) yang telah meninggal dunia beberapa minggu yang lalu akibat penyakit lukemia. Semoga Allah merahmati arwah adik Aqilah dan marilah sama-sama 'menghadiahkan' sekalung al_Fatihah....untuknya.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh ibubapa pelajar dan jemaah Surau Desa Saujana. Kita mendoakan semoga arwah adik Aqilah dicucuri rahmat dan semua pelajar PASTI akan menjadi Khalifah Allah yang akan mencorakkan negara kita kearah "baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur".



Berikut adalah Jadual Peperiksaan Semester Pertama PASTI Negeri Selangor:

12 Mei 8.30pg - 9.30pg Bahasa Melayu
Isnin 10.00pg - 11.00pg Bahasa Arab


13 Mei 8.30pg - 9.30pg Bahasa Inggeris
Selasa 10.00pg - 11.00pg Matematik


14 Mei 8.30pg - 9.30pg Pend. Sains Sosial Dan Pembangunan Insan
Rabu 10.00pg - 11.00pg Jawi


15 Mei 8.30pg - 9.30pg Al-Quran
Khamis

Saturday, May 10, 2008

Blog Khusus Untuk Suara Rakyat Dengkil


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakyat Malaysia khususnya masyarakat Dengkil.

Malam tadi saya telah diminta oleh seorang sahabat untuk membina sebuah laman blog khusus untuk membincangkan segala isu atau perkara-perkara yang berkaitan dengan masyarakat Dengkil. Dengan itu terbinalah blog yang seadanya ini.

Diharap kepada masyarakat Dengkil dapat berkongsi maklumat bersama-sama melalui laman blog ini dengan menyalurkan maklumat-maklumat atau sebarang aktiviti kemasyarakatan, politik, jenayah dan sebagainya. Sila salurkan maklumat anda kepada web admin melalui ruangan komen atau alamat email yang tertera...

Diharap dengan terbinanya laman ini dapatlah kiranya masyarakat Dengkil berkongsi dan saling bertukar-tukar maklumat.

Dari rakyat untuk rakyat...


.............................................................