Tuesday, May 27, 2008

Bola oh Bola...

Pada 18 Mei yang lepas telah diadakan satu perlawanan bolasepak persahabatan diantara pasukan Pemuda Sg Merab dan juga Pemuda Desa Jenderam. Perlawanan diadakan dipadang permainan berhampiran surau Desa Jenderam. Walaupun pagi itu hujan turun dengan lebatnya dalam beberapa minit permainan dimulakan, tetapi pemain-pemain masih setia meneruskan permainan dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Dalam keadaan padang yang basah dan ditakungi air serta licin sudah tentu terdapat pergerakan kaki dan badan yang sukar dikawal. Sedikit sebanyak terdapat insiden-insiden kekasaran yang tidak disengajakan. Walaubagaimanpun dengan kebijaksanaan pengadil mengawal permainan dan kematangan pemain-pemain, permainan berlangsung dengan baik. Perlawanan berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1 hingga tamat perlawanan.

Selepas perlawanan kesemua pemain, pengurus dan penyokong-penyokong menikmati jamuan yang disediakan oleh pasukan tuan rumah.







3 comments:

Terrible Pollo said...

No sabia que tambien se practicaba futbol en la India.. Genial!!

yahuza said...

KALAU MAIN SUKAN PAKAI SELUAR ATAU PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT KAN LAGI BAIK. DISAMPING NAMPAK SOPAN TENTULAH DAPAT PAHALA DAN BERKAT BUKAN ???.

Suara Dengkil said...

Buat permulaan kena rapat dan berkawan dulu..